Honor X20 Max Tertiris Dengan Skrin 7.2-Inci, Cip Mediatek Dimensity 1100

TechnologyDigital
30 Aug 2021 • 4:56 PM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Tidak dinafikan, peranti pintar yang mempunyai paparan skrin cukup besar ternyata mampu memberi kepuasan terutamanya ketika menonton video. Kalau anda masih ingat, Honor juga sebelum ini pernah hadir dengan telefon pintar bersama saiz skrinnya yang besar berukuran 7.09-inci menerusi pengenalan Honor X10 Max.

image is not available
Honor X10 Max

Terbaharu, terdapat desas-desus mengatakan Honor X20 Max juga akan dibekalkan skrin yang besar. Merujuk pada satu perkongsian yang kini tular di laman Weibo, telefon pintar tersebut kelak akan menggunakan skrin berukuran 7.2-inci. Ini bermakna ia akan memiliki saiz yang lebih besar berbanding Honor X10 Max terdahulu.

Bagaimanapun, ia dikatakan masih mengekalkan panel RGBW seperti yang terdapat pada model Honor X10 Max untuk penawaran paparan lebih cerah dan jelas melaluinya. Seterusnya, ia juga besar kemungkinan dilengkapi cip MediaTek Dimensity 1100 bersama bateri sebesar 6,000mAh.

image is not available
Imej tular menunjukkan rekaan Honor X20 Max

Menyentuh soal reka bentuk fizikal, imej dikongsi menunjukkan ia meminjam elemen rekaan siri Huawei Mate dan Nova 8. Ia tidak mengejutkan. Bahkan, Honor X20 5G juga mempunyai reka bentuk fizikal yang sama. Jika ianya benar, ini bermakna Honor X20 Max akan menampilkan tiga kamera di belakang. Namun, konfigurasi padanya masih tidak diketahui buat masa ini.

Sumber : Sparrow News , Weibo