Moto G50 5G Dengan Skrin 90Hz, Cip MediaTek Dimensity 700 Dilancarkan Secara Rasmi

TechnologyDigital
25 Aug 2021 • 8:47 PM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Moto G50 5G kini dilancarkan secara rasminya untuk pasaran Australia. Ia dilihat memiliki pendekatan yang sedikit berbeza berbanding model Moto G50 terdahulu yang diperkenalkan pada bulan bulan Mac. Khususnya berkaitan reka bentuk fizikal dan cip pemproses pada peranti. Bukan itu sahaja, ia juga menampilkan sokongan pengimbas cap jari pada sisi.

image is not available

Untuk spesifikasi khusus, ia menampilkan skrin IPS berukuran 6.5-inci beresolusi HD+ dan kadar segar semula 90Hz. Ia kemudiannya dijana dengan cip pemproses MediaTek Dimensity 700, memori 4GB RAM, storan dalaman 128GB dan bateri sebesar 5000mAh dengan pengecasan 10W.

Kemudian, tri-kamera di belakang dengan tetapan 48MP (utama) + 2MP (makro) + 2MP (kedalaman) disertakan. Manakala, kamera hadapan pula adalah sebesar 13MP. Lain-lain spesifikasi termasuklah – bluetooth 5.0, NFC, bicu audio 3.5mm dan sebagainya. Di Australia, ia dijual pada $399 (~RM1,677) untuk seunit.

Sumber : Motorola Australia