YouTube Premium Lite Mula Ditawarkan Dengan Harga Langganan Lebih Murah

TechnologyDigital
2 Aug 2021 • 6:20 PM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

YouTube Premium ditawarkan di Malaysia sejak November 2019. Menerusi langganan ini pengguna dapat menikmati tontonan tanpa iklan, kebolehan muat turun, menonton di latar belakang dan langganan YouTube Music Premium. Di Malaysia ia ditawarkan pada harga RM17.90 yang ramai katakan agak mahal.

image is not available

Bagi golongan ini, berita baiknya ialah YouTube Premium Lite mula diuji oleh Youtube dengan harga langganan lebih rendah. Dengan harga langganan €6.99 (~RM25.12) yang lebih murah berbanding harga biasa €11.99(~RM60) sebelum ini. Perbezaan langganan ini ialah ia hanya menawarkan tontonan tanpa gangguan iklan sahaja kepada pelanggan.

Pada waktu ini YouTube Premium hanya ditawakan kepada pengguna di Belgium, Denmark, Finland, Luxembourg, the Netherlands, Norway, dan Sweden. Sekiranya ditawarkan di Malaysia kelak adakah ia cukup untuk membuatkan anda akhirnya melanggan akaun YouTube Premium?

Sumber Resetera