Xiaomi Umum Pengenalan MIUI 12.5 Enhanced – Ini Senarai Peranti Yang Akan Terimanya

TechnologyDigital
27 Aug 2021 • 7:56 PM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Xiaomi kini telah mengumumkan yang mana kemaskini MIUI 12.5 Enhanced kini dalam fasa pengenalan untuk pengguna global. Versi baharu ini menawarkan sedikit penambahan dan pengoptimasian sistem berbanding dengan versi MIUI 12.5 sebelum ini.

image is not available

MIUI 12.5 Enhanced turut menawarkan lebih pengoptimasian pada penggunaan tenaga yang menjanjikan masa penggunaan peranti yang lebih baik berbanding sebelum ini. Pengoptimasian tambahan juga dijangka menawarkan prestasi penggunaan yang lancar.

Xiaomi mengatakan sejumlah peranti akan menerimanya bermula suku ke-4 2021 ini, iaitu:

  • Mi 11
  • Mi 11 Ultra
  • Mi 11i
  • Mi 11X Pro
  • Mi 11X
  • Mi 10T Pro
  • Mi 10T
  • Mi 10 Pro
  • Mi 10