Xiaomi dikesan rencatkan prestasi telefon yang gunakan alat ganti pihak ketiga, macam Apple

TechnologyDigital
27 Aug 2021 • 10:18 AM MYT
SoyaCincau
SoyaCincau

For everything that matters in tech

Di China, dalam kemas kini sistem operasi MIUI yang baharu, mereka memperkenalkan APP yang bernama Mi Security versi 5.6.0. Di dalam APP itu, ia akan memberi amaran kepada pemilik telefon sekiranya bateri yang terkandung dalam peranti mereka bukan daripada alat ganti tulen.

Satu amaran akan terpapar dan mengandungi mesej yang memberitahu pengguna yang:

  • Telefon ini mengandungi alat ganti tak tulen
  • Prestasi pengecasan dikurangkan
  • Pengunaan bateri tak tulen mungkin sebabkan bateri kembung, panas, dan bocor.
  • Rujuk dengan penyedia bertauliah untuk gantikan bateri telefon anda

Hasil geledahan file pemasangan Mi Security, penyelidik mendapati yang amaran ini hanya akan dipaparkan kepada pengguna Mi 9, Mi 10, dan Mi 10 dalam pasaran China. Namun, tidak mustahil untuk mereka melakukan perkara yang sama di seantero dunia kelak.

Langkah ini sama seperti yang diambil Apple untuk elakkan perkhidmatan pihak ketiga melakukan selengaraan ke atas produk mereka. Namun, inisiatif Apple lebih hardcore apabila mereka menggunakan mikropengawal hanya untuk mengesahkan ketulenan setiap komonen yang bersambung dengan papan utama iPhone.

Sumber: XDADeveloper

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved