Rekan OPPO Find X3 Pro Edisi Khas Kodak Tertiris

TechnologyDigital
13 Sep 2021 • 11:22 AM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Beberapa bulan yang lalu kedengaran ura-ura Realme akan mengeluarkan peranti dengan kerjasama syarikat fotografi ternama Kodak. Pada awalnya terdapat ramalan sebuah peranti baharu akan dilancarkan sempena kerjasama ini. Tetapi semalam rekaan sebuah Oppo Find X3 Pro dengan panel belakang berbeza telah ditiriskan ke laman Weibo yang dikatakan adalah edisi khas dengan kerjasama Kodak.

image is not available

Panel belakang peranti kini mempunyai kemasan dua tona dari dua bahan berbeza. Kemasan hitam diperbuat daripada kulit manakala kemasan berwarna perak pula diperbuat daripada logam. Pada Find X3 Pro asal yang dilancarkan awal tahun ini, keseluruhan panel belakang diperbuat daripada panel kaca. Peranti mungkin akan ditawarkan sebagai edisi jurugambar kerana rekaan mengambil inspirasi daripada kamera analog klasik Kodak 35.

Kerjasama antara pengeluar telefon pintar dan syarikat kamera bukanlah trend baharu tetapi selalunya adalah kombinasi yang mampan. Selepas bekerjasama dengan Leica, Huawei menjadi peranti yang digeruni kemampuan fotografinya. OnePlus pula menghasilkan peranti dengan kamera Hasselblad. Bagi peminat Oppo, selepas ini peranti boleh mengambil gambar dengan momen Kodak pula.

Sumber Gizmochina