Apple Fitness+ Bakal Diperluaskan Ke Malaysia Pada Tahun Ini

TechnologyDigital
15 Sep 2021 • 2:39 AM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Apple Fitness+ merupakan salah satu perkhidmatan memfokuskan kecergasan, dan dibangunkan untuk pengguna Apple Watch.

Melaluinya, ia menyertakan sejumlah kandungan dan panduan, termasuk untuk meditasi, senaman, dan termasuk beberapa program baharu seperti bersenam bersama beberapa atlet popular.

image is not available

Apple turut menyasarkan untuk memperkenalkan ciri seperti Group Workouts untuk bersenam bersama, selain SharePlay untuk Apple Fitness+ ini.

Menariknya, bagi pengguna tempatan yang menantikan penngenalannya, Apple hari ini mengesahka kepada kami yang mana perkhidmatan ini bakal ditawarkan di Malaysia pada tahun ini.

Fitness+ akan ditawarkan dalam bahasa Inggeris, tetapi turut dilengkapi dengan sari kata dalam enam pilihan bahasa.

Seperti biasa, sama-sama kita nantikan lanjut berkenaan dengan penawaran Apple Fitness+ untuk pasaran Malaysia ini.