Apple Watch Series 7 Menggunakan Semula Cip Series 6

TechnologyDigital
15 Sep 2021 • 4:03 PM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Semasa pelancaran Apple Watch Series 7 semalam, tumpuan diberikan kepada saiz skrin yang lebih besar, kemampuan kalis debu, kemampuan menjejak kesihatan lebih baik dan muka jam baharu. Spesifikasi jam tangan pintar ini langsung tidak disentuh. Kini menurut kod yang ditemui dala Xcode ini mungkin kerana tiada penambahbaikan dilakukan.

Steve Troughton-Smith, seorang pembangun aplikasi menyedari kod CPU t8301 digunakan pada kesemua model Apple Watch Series 7. Ini ialah kod CPU yang sama digunakan pada Apple Watch Series 6 tahun lalu. CPU t8301 ini lebih dikenali sebagai Apple S6.

Terdapat spekulasi selepas prototaip untuk Series 7 asal dengan sisi berkotak menghadapi isu semasa pengeluaran, Apple kembali menggunakan rekaan Series 6 cuma dengan skrin yang besar. Kerana ia bukan perubahan yang besar, cip Apple S6 digunakan semula. Amalan menggunakan semula cip yang sama pada jam tangan pintar adalah biasa pada platform Wear OS dan Tizen. Samsung misalnya menggunakan cip yang sama selama tiga tahun sebelum Eynos W920 diumumkan untuk Galaxy Watch4 tahun ini.

Sumber 9to5Mac

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved