Kuo : iPhone 13 Pro Akan Hadir Dengan Storan 1TB, Tiada Lagi Pilihan 64GB Untuk Siri iPhone 13

TechnologyDigital
13 Sep 2021 • 8:29 AM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Apple sedia membahagikan penawaran iPhone mereka kepada dua kategori, iaitu versi biasa, dan juga versi Pro. Untuk siri iPhone 13, perkara berkenaan dijangka diteruskan, dan turut akan menawarkan beberapa perubahan pada pilihan storan telefon pintar berkenaan.

image is not available

Seperti desas-desus sebelum ini, iPhone 13 Pro dikatakan bakal menawarkan pilihan storan sehingga 1TB – sekaligus membolehkan pengguna menyimpan lebih banyak perkara, termasuk dokumen, gambar, dan juga video. Ini selari dengan permintaan storan lebih besar untuk menyimpan rakaman gambar dan video, selain untuk pemasangan aplikasi dengan lebih banyak ciri-ciri terkini.

Disamping itu, iPhone 13 pula dijangka akan turut ditawarkan dengan storan bermula 128GB – sekaligus menamatkan penawaran iPhone dengan storan 64GB. Perkara berkenaan storan ini dikongsikan oleh penganalisa popular, Ming Chi-Kuo.

Apple bakal memperkenalkan iPhone terbaru mereka ini pada minggu ini, dimana kita akan mendengar lanjut berkaitan penawaran yang disediakan oleh Apple ini.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved