ColorOS 12 Akan Dilancarkan Pada 16 September

TechnologyDigital
13 Sep 2021 • 10:55 AM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Dengan kemas kini Android 12 akan diberikan secara rasmi dalam masa terdekat, pengeluar peranti Android akan melancarkan pelancar mereka sendiri yang berasaskannya. Bagi Oppo, ColorOS 12 kini sah akan dilancarkan secara rasmi pada 16 September ini.

image is not available

Pelancarannya pasti dinantikan kerana ciri-ciri yang baharu yang diperkenalkan bukan sahaja digunakan pada telefon pintar tetapi juga pada tablet dan jam tangan pintar Oppo yang akan dilancarkan. Selain itu sejak Oppo dan OnePlus bersetuju menyeragamkan kod sumber, ciri ColorOS 12 juga akan dikongsi dengan peranti OnePlus. Pada waktu yang sama ia turut akan diberikan kepada peranti Realme. Dengan kata lain jika anda pengguna peranti Oppo, OnePlus dan Realme, 16 September ialah tarikh yang pasti dinantikan.