Aquaria dan Zoo Negara dibuka semula 1 Oktober 2021, diskaun tiket masuk 20% menanti pengunjung

30 Sep 2021 • 3:05 PM MYT
SoyaCincau
SoyaCincau

For everything that matters in tech

Setelah ditutup beberapa ketika disebabkan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), beberapa lokasi tarikan menarik dilaporkan akan dibuka semula pada 1 Oktober 2021 selaras dengan pengumuman penghijrahan Lembah Klang kepada Fasa 3 Pelan Pemulihan Negara (PPM). Dua lokasi terawal kami kesan ialah Aquaria di KLCC dan Zoo Negara.

image is not available

Zoo Negara

Ibu bapa yang bercadang untuk mendedahkan anak-anak kepada hidupan liar bolehlah pertimbangkan Zoo Negara. Diskaun sebanyak 20% merentasi kategori tiket menanti 500 pengunjung terawal.

image is not available
Sumber

Tak terhenti disitu, mereka turut akan menerima satu akses percuma ke Zoo Negara yang perlu ditebus antara 1 Januari 2022 hingga 31 Mac 2022. Harga tiket untuk dewasa akan jadi RM40.50/pax, kanak-kanak jadi RM14.40, manakala warga emas jadi RM18.40.

image is not available
Harga tiket masuk Zoo Negara (sumber)

Operasi Zoo Negara adalah antara 9 pagi hingga 5 petang.

Aquaria KLCC

Buat peminat hidupan akuatik, Aquaria KLCC akan buka tirai mereka bermula 10 pagi hingga 7 malam.

image is not available
Sumber

Tiada sebarang harga promosi ditawarkan, jadi harga tiket masuk adalah seperti berikut:

  • Dewasa RM49
  • 3-12 Tahun – RM39
  • Warga Emas RM39
  • Kelainan Upaya RM16

Aquaria KLCC lebih mudah diakses berbanding Zoo Negara kerana ia cuma dalam lingkungan berjalan kaki sahaja daripada stesen LRT KLCC laluan Kelana Jaya.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved