Apple Menguasai Pasaran Telefon Premium – Diikuti Samsung Dan Vivo

TechnologyDigital
19 Sep 2021 • 8:06 AM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Apple sedia terkenal dengan penawaran peranti premium di pasaran. Terbaru, melalui data penganalisa CounterpointResearch, ia dilihat Apple menguasai pasaran peranti premium pada suku kedua tahun 2021 ini di seluruh dunia.

Melalui data yang dikeluarkan berkenaan, untuk pasaran Asia Pasifik, ia dilihat Apple menduduki tangga pertama, diikuti Samsung pada tempat kedua, dan Vivo pada tangga ketiga.

image is not available

Berbanding dengan tahun 2020 lepas, Apple kini menguasai lebih 50% pasaran peranti premium, sementara pegangan untuk Samsung pula berkurangan sedikit kepada 17%, dan Huawei memperlihatkan kehilangan peratusan yang sangat besar kerana kekangan dagangan oleh pihak kerajaan Amerika Syarikat.

Mengikut penganalisa, disebabkan oleh pandemik, lebih ramai dilihat beralih ke peranti premium berbanding kebiasaan – antaranya disebabkan lebihan wang belanja yang tidak digunakan, selain keperluan peranti yang lancar ketika bekerja dari rumah.

image is not available

Disamping itu, disebabkan oleh peralihan ke arena 5G, ramai yang mula bertukar peranti, dan inginkan peranti yang tahan untuk tempoh waktu lama. Hal ini membuatkan ramai memilih peranti premium, disebabkan oleh tempoh sokongan untuknya.