Kaunter JPJ benar walk-in tanpa janji temu bermula 6 September 2021

3 Sep 2021 • 2:59 PM MYT
SoyaCincau
SoyaCincau

For everything that matters in tech

Sekiranya anda berhasrat memperbaharui cukai jalan ataupun lesen memandu dalam masa terdekat tapi tidak mahu lakukannya melalui dalam talian kerana takut akan lewat tiba, ada satu berita baik buat anda.

image is not available

Dr. Wee Ka Siong, Menteri Pengangkutan telah mengumumkan yang kaunter JPJ akan beroperasi pada kapasiti 100% dan walk-in dibenarkan bermula 6 September 2021. Walau bagaimanpun, hanya yang sudah melengkapkan program vaksinasi COVID-19 sahaja dibenarkan berurusan di kaunter pada hari kejadian.

Selari dengan pengumuman itu, JPJ juga akan memberhentikan program tempahan janji temu untuk berurusan sebaliknya menyarankan pengguna mengguna pakai portal mySIKAP sekiranya meraka ingin lakukan urusan secara dalam talian.

Janganlah bersesak-sesak kerana selain mengumumkan kaunter dibuka 100%, kerajaan turut melanjutkan moratorium sehingga 31 Disember 2021.

Sumber: Astro Awani