Xiaomi True Wireless Noise Cancelling Earphones 3 Pro Dan Watch Color 2 Akan Dilancarkan Pada 27 September

TechnologyDigital
24 Sep 2021 • 3:23 PM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Xiaomi sebelum ini telah menjadualkan sebuah acara pelancaran untuk produk baharu pada 27 September 2021. Melaluinya, Xiaomi Civi akan diumumkan dan ia merupakan siri terbaru daripada Xiaomi yang memfokuskan kepada gaya hidup bersama reka bentuk nipis dan keupayaan fotografi ringkas.

image is not available

Bersama-sama dengannya, Xiaomi turut akan memperkenalkan beberapa lagi produk lain seperti fon telinga Xiaomi True Wireless Noise Cancelling Earphones 3 Pro dan jam tangan Xiaomi Watch Color 2. Perkara ini dikongsi oleh Xiaomi menerusi beberapa poster acah yang dimuat-naik di Weibo, sebentar tadi. Tidak banyak butiran mengenai produk-produk berkenaan yang dikongsi oleh pihak Xiaomi.

image is not available

Tetapi, fon telinga berkenaan akan menampilkan sistem pembatalan bunyi yang mampu mengurangkan hingar sehingga 40dB untuk sokongan panggilan lebih baik. Selain itu, ia menampilkan rekaan fon telinga dalam telinga dan reka bentuk pod pengecasan yang mirip seperti Xiaomi FlipBuds Pro. Terdapat juga desas-desus yang mengatakan ia akan dilengkapi penarafan kalis air IPX4 dan ketahanan bateri yang mengagumkan.

image is not available

Bercakap mengenai Xiaomi Watch Color 2 pula, ia dilihat menggunakan rekaan bermuka bulat bersama dua butang fizikal yang terbina pada sisi muka jam. Seterusnya, tali jam pula seakan diperbuat daripada silikon manakala bahagian penyangkuk pula seakan memberi bayangan dari jenis standard.

Sumber : Weibo Xiaomi