Xiaomi Mengacah Kehadiran Xiaomi Civi – Siri Telefon Baharu Yang Memfokuskan Gaya Hidup

TechnologyDigital
24 Sep 2021 • 8:02 AM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Xiaomi Civi adalah siri terbaru telefon pintar daripada Xiaomi. Mereka baru sahaja mengacah kehadiran peranti ini di China melalui poster dan video acah. Berdasarkan apa yang mereka kongsi, peranti ini dilihat memfokuskan gaya hidup dengan rekaan nipis, unik serta fotografi asas sebagai pelengkap hidup pengguna.

image is not available

Jika lihat rekaan yang didedahkan, peranti ini seakan akan bersaing dengan siri Vivo S dan Oppo Reno. Modul kamera pula kelihatan mirip yang pernah Vivo gunakan sebelum ini. Bahan binaan kerangka adalah besi dengan panel belakang kaca AG yang mempunyai kemasan mirip pada Oppo Reno6.

Butang kuasa dan butang aras suara berada di sisi kanan dengan sisi kiri yang tiada apa-apa. Pembesar suara adalah Dolby Atmos dan turut mengekalkan sokongan sensor infra merah.