Honor MagicBook 14 Baharu Akan Ke Malaysia Pada 1 Oktober Pada Harga Bermula RM2699

TechnologyDigital
24 Sep 2021 • 2:00 PM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Honor MagicBook 14 ialah model komputer riba yang terkenal dengan harga mampu milik tetapi menawarkan prestasi yang boleh dibanggakan. Model terkini Honor MagicBook 14 yang dilengkapi cip AMD Ryzen 5000 dan grafik AMD Radeon disahkan akan ditawarkan di Malaysia bermula 1 Oktober hadapan.

image is not available

Ia akan dilengkapi skrin 14″ dan hanya seberat 1.38 kilogram. Skrin HD penuh yang digunakan pula boleh dibuka sehingga 180 darjah bagi membenarkan pengguna mencari sudut paling selesa untuk menaip. Disamping itu itu dilengkapi juga bateri 56Wh yang menyokong pengecasan 65W.

image is not available

Di Malaysia Hono MagicBook 14 akan dijual pada harga RM2699 untuk model 8/256GB dan RM2999 untuk model 8/512GB. Pilihan warna adalah Space Grey dan Mystic Silver. Ia boleh dibeli bermula 1 Oktober menerusi Honor Store, Lazada, Shopee dan rangkaian kedai elektronik terkemuka.