Laman Budaya dibuka semula untuk riadah mulai Jumaat

15 Sep 2021 • 4:37 PM MYT
Media Selangor
Media Selangor

Berita dan isu semasa, inklusif untuk semua.

image is not available

SHAH ALAM, 15 SEPT: Laman Budaya Musical Fountain dibuka semula kepada orang ramai untuk aktiviti riadah mulai Jumaat ini, maklum Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA).

Ketua bahagian korporat dan perhubungan awam MBSA berkata persembahan pancuran air berirama diadakan setiap Jumaat, Sabtu dan Ahad mulai jam 8.30 hingga 9.30 malam.

Menurut Shahrin Ahmad pengunjung mestilah sudah menerima suntikan vaksin lengkap selain mematuhi tatacara operasi piawai (SOP) sektor sukan dan rekreasi kerajaan.

“Pengunjung hendaklah memakai pelitup muka, mengimbas kod QR dan suhu badan serta pengamalan penjarakan fizikal sekurang-kurangnya tiga meter,” katanya.

Sebelum ini, kerajaan menetapkan semua taman awam ditutup untuk sebarang aktiviti ketika melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 3.0 bermula 1 Jun lalu.

Namun, kerajaan membenarkan taman rekreasi awam di semua negeri dalam fasa satu PPN dibuka untuk tujuan riadah mulai 16 Ogos.

The post Laman Budaya dibuka semula untuk riadah mulai Jumaat appeared first on Selangorkini.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved