Sejumlah Perkhidmatan Maybank Akan Tergendala Untuk Sementara Sebagai Persediaan 9.9

TechnologyDigital
7 Sep 2021 • 3:31 PM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Sebagai persediaan untuk pengalaman membeli-belah terbaik pada jualan 9.9 nanti, Maybank memaklumkan bahawa kerja-kerja penyelenggaraan sistem akan dilakukan pada beberapa perkhidmatan utama. Oleh itu, perkhidmatan-perkhidmatan yang disenaraikan di bawah akan tergendala sementara waktu di antara jam 11.30 malam – 11.59 malam pada hari Rabu iaitu 8 September 2021.

image is not available

  • Maybank2u & pembayaran atas talian.
  • Aplikasi MAE.
  • Aplikasi QRPay Biz.
  • Aplikasi Maybank Wealth.
  • Pembayaran FPX.
  • Transaksi kad debit.
  • Mesin ATM.
  • Mesin deposit cek.

Segala kesulitan yang berlaku adalah amat dikesali. Pelanggan juga disarankan untuk melakukan pelbagai urusan perbankan sebelum gangguan berlaku. Sebarang pertanyaan lanjut, boleh terus menghubungi pihak Maybank dengan menghantar emel di mgcc@maybank.com.

Sumber : Maybank

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved