Realme GT ME serendah RM1,499, Windows 11 sedia dipasang & mesin gedegang FamilyMart Mini | SBM #34

Digital
9 Sep 2021 • 12:37 PM MYT
SoyaCincau
SoyaCincau

For everything that matters in tech

Antara isu yang dikupaskan dalam video ini, Ribuan batu sungai & daun pokok terjual di Shopee, apa rahsia perniagaan mereka? Ada apa dalam mesin gedegang FamilyMart Mini? Bila Windows 11 sedia dipasang? Dan banyak lagi berita lain yang diketengahkan.

1. Realme GT Master Edition: Maklumat penjualannya di Malaysia

Realme GT Master Edition (ME) tiba di Malaysia. Ada dua varian tersedia iaitu, RAM 8GB + storan 128GB dan RAM 8GB + storan 256GB. Ia dijual dengan harga serendah RM1,499 bermula pada 9 September 2021, di saluran-saluran terpilih seperti Lazada.

Maklumat penuh di sini.

image is not available

2. Jabra umum 4 fon telinga baru: Elite 7 Pro, Elite 7 Active, Elite 3 & Elite 2

Jabra umum 4 produk TWS (True Wireless Stereo)  baru iaitu Jabra Elite 7 Pro, Jabra Elite 7 Active, Jabra Elite 3 dan Jabra Elite 2. Ia dijadual akan dijual bermula seawal September 2021 dengan harga serendah RM299.

Spesifikasinya di sini.

image is not available

3. PROMO: Garmin Instinct, Forerunner 745 & Lily, ada diskaun sempena 9.9 dan Hari Malaysia

Garmin Malaysia umun promosi untuk bulan September. Jam kecergasan yang ditawarkan diskaun adalah siri Instinct, Forerunner 745 dan Lily. Dengan promosi ini, anda boleh dapat jam pintar serendah RM999. Ada dua jenis promosi yang dijalankan, tetapi ia hanya terdapat di Stor Garmin di Shopee dan Lazada.

Maklumat lanjut di sini.

image is not available

4. Ribuan batu sungai & daun pokok terjual di Shopee, apa rahsia peniaga ini?

Batu sungai dan daun pokok ada dijual di Shopee dan ia mendapat permintaan tinggi sehinggakan jualan mencecah ribuan unit. Berdasarkan akaun Shopee peniaga batu sungai ini, diterangkan bahawa kegunaan batu itu untuk bertungku bagi wanita selepas bersalin. Daun pokok ketapang pula untuk merawat luka-luka pada ikan laga dan boleh memberi tenaga kepadanya.

Berita penuh di sini.

image is not available

5. Kemas kini Telegram Ogos 2021 buang had penonton livestream anda

Untuk bulan Ogos 2021, Telegram telah membuka had penonton daripada 1,000 kepada tanpa had semasa anda bersiaran langsung di kumpulan. Bukan sahaja boleh pamerkan suapan daripada kamera telefon, anda juga boleh berkongsi kandungan atas paparan. Sekiranya sedang menonton video, anda boleh lakukannya bersama rakan-rakan anda.

Maklumat lanjut di sini.

image is not available

6. FamilyMart Mini, cara mudah beli makanan & minuman guna mesin gedegang

Family Mart umum kedatangan warung pintar FamilyMart Mini. Ia menyediakan pelbagai snek, makanan dan minuman istimewa Family Mart di dalam mesin gedegang. Mesin pertama ada di Shell Lebuhraya Karak 2. Makanan yang disediakan segar dan dihantar setiap hari, seperti onigiri, sandwich, kek, puding dan banyak lagi.

Berita penuh di sini.

image is not available

7. Windows 11 sedia dipasang mulai 5 Oktober

Microsoft telah mengesahkan bahawa sistem operasi komputer Windows 11 akan sedia dipasang mulai 5 Oktober 2021. Mulai tarikh ini, komputer yang menggunakan Windows 10 dan memenuhi syarat yang ditetapkan, boleh mula dinaik taraf. Microsoft menjangka, semua komputer yang memenuhi syarat, akan menerima naik tarat Windows 11 selewat-lewatnya pada pertengahan tahun 2022.

Maklumat lanjut di sini.

image is not available