Huawei MateStation X Ialah AIO Dengan Skrin Sesentuh 4K dan Cip AMD Ryzen

TechnologyDigital
14 Sep 2021 • 2:49 PM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Huawei akhirnya menawarkan AIO pertama mereka selepas melancarkan Huawei MateStation X. Dari segi rekaan ia adalah sama dengan monitor Huawei MateView yang mereka tawarkan di Malaysia tahun ini cuma kali ini skrin 28.2″ dengan resolusi 4K yang digunakan turut menyokong sentuhan jari pengguna.

image is not available

Ia dilengkapi cip sehingga AMD Ryzen 7 5800H, grafik terbina Radeon, memori sebesar 16GB RAM, storan sehingga 512GB SSD M.2 dan kamera web 720P. Dari segi audio pula sepasang speaker stereo 5W dipadankan dengan subwoofer 10W. Pilihan I/) pula adalah 2x UBS-C (USB 3.2 Gen 1), 2x USB-A (USB 3.2 Gen 1) dan 1 bicu audio 3.5mm.

image is not available

Pada papan kekunci terdapat pengimbas cap jari terbina pada butang kuasa dan juga sokongan sentuhan untuk Huawei Share. Kedua-dua aksesori papan kekunci dan tetikus adalah menggunakan tambatan bluetooth. Hanya sudut dongakan skrin boleh dilaras tidak seperti MateView yang boleh diubah ketinggiannya. Seperkara lagi, kesemua komponen komputer diletakkan pada bahagian leher bersama dengan speaker yang menghala ke hadapan.

image is not available

Komputer menggunakan Windows 10 dengan sokongan untuk dinaik taraf ke Windows 11 apabila sistem operasi ini dilancarkan kelak. Di China Huawei MateStation X dijual pada harga RMB9999 (~RM6438) untuk versi Ryzen 5 dan RM11999 (~RM7725) untuk versi dengan Ryzen 7.