“Aku tahu budak stress, aku faham” – Fynn Jamal Terkilan Orang Ramai Berkerumun Di Air Terjun Lepas Dapat Kelonggaran

Entertainment
13 Sep 2021 • 5:15 PM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

image is not available

Baru-baru ini viral satu rakaman video menunjukkan satu rakaman orang ramai berkerumun di sebuah tempat air terjun.

Video itu tular dan mendapat perhatian netizen di media sosial, ramai yang kurang senang melihatnya kerana dilihat ia seperti tidak patuh SOP termasuklah Fynn Jamal.

Menurut Gempak, Fynn Jamal mengatakan bahawa individu harus pertimbangkan secara common sense mengenai hal ini.

 

Aku malas nak cakap pasal SOP, malas cakap benda-benda yang boleh difikir secara common sense.”

Pesannya lagi, jika ingin melakukan aktiviti lakukanlah di tempat-tempat sulit. Akui harga agak sedikit mahal, ia sekurang-kurangnya boleh bantu dalam selamat nyawa.

“Aku tahu this would sound agak kejam, tapi kalau betul nak beraktiviti, buat kat tempat private Bayar mahal sikit, tapi baik mahal sekarang dari dibayar dengan nyawa.”

Tambah Fynn lagi, seandainya masih belum ada kemampuan untuk berbelanja secara private, minta tahan sikit kerana Covid-19 kini semakin mengganas.

image is not available

“Kalau rasa belum mampu, takpe. Sabar dulu ye. Nampak tak adil. Yang ada duit lebih boleh beraktiviti, yang tidak terpaksa bosan di rumah. Aku tau, aku faham tapi memang takde jawapan lain. Bahaya. Sungguh-sungguh bahaya. Tak berbaloi ni semua.”

Katanya lagi, lengkap 2 dos vaksinasi itu tidak bermakna diri sudah kebal.

“Just nak mention kadar kematian kanak-kanak berganda tahun ini, jangkitan pada kanak-kanak apatah lagi. Aku juga bawa anak-anak aku keluar, tapi lokasi yang kami pergi benar-benar kita pastikan berjarak, berSOP, bersanitasi.”

Keluarganya sendiri sanggup berulang-alik mencari kawasan pantai yang tidak ramai orang untuk mengambil angin.

“We dont even bring them to malls walau Nilai dah lama fasa 3. Masa kami ke hotel, aku kat kaunter, suami stand by dengan anak-anak dan terus ke bilik, tiada berlegar sana-sini.”

“Sama juga ketika kami picnic tepi pantai. We went to 4 beaches patah balik ulang-alik sampai dapat tempat yang takde orang.”

image is not available

Fynn juga mengatakan bahawa dia faham kanak-kanak tertekan duduk dirumah kerana dia sendiri rasai perkara itu.

“Anak aku OKU yang kau explain cane pun dia nak apa yang dia nak. Ye, mengeti darab sejuta.”

Sebelum ini, Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob memutuskan bahawa Selangor, Kuala Lumpur dan Putrajaya beralih kepada Fasa 2 PPN Jumaat lepas.

 

Baca : “Tak perlu lagi aku memikirkan apa yg bukan hak aku” – Fynn Jamal Nekad Nak Tutup Semua ‘Shelter’ Mangsa Mengandung Luar Nikah?

image is not available

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.