Speaker Pintar Berlampu IKEA Symfonisk Dikemaskini Dengan Rekaan Baharu

TechnologyDigital
30 Sep 2021 • 12:03 PM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Dua tahun lalu IKEA dan Sonos memulakan kerjasama menghasilkan perabot dengan speaker terbina di bawah keluarga Symfonisk. Antara yang terawal ditawarkan ialah lampu meja dengan speaker Symfonisk. Minggu ini lampu ini telah dikemaskini dengan rekaan baharu yang membenarkan lebih banyak kustomasi.

image is not available

Pengguna diberikan dua pilihan penutup untuk mentol. Satu berbentuk kubah diperbuat daripada kaca manakala satu lagi berbentuk gegelung diperbuat daripada bahan kanvas. Pilihan mentol juga ditambah dengan E12, E26 dan E27 yang lebih pelbagai serta lebih terang. Penambahbaikan kepada sistem audio membolehkan audio dilontar ke sekeliling dengan lebih baik berbanding generasi pertama.

image is not available

Lampu ini boleh dikawal menggunakan aplikasi Sonos ataupun dengan butang kawalan terbina pada tubuh Symfonisk. Lampu dengan speaker Symfonisk ini dijual pada harga $140 (~RM586) dengan penutup kanvas pula pada harga $29 (~RM121) dan kaca pula $39 (~RM163). Buat masa ini ia ditawarkan di Amerika Syarikat dengan penjualan ke pasaran global bermula 2022.