Xiaomi Civi Tidak Akan Ditawarkan Di Luar China

TechnologyDigital
29 Sep 2021 • 11:53 AM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Baru-baru ini, Xiaomi telah mengumumkan penawaran produk baharu menerusi pengenalan Xiaomi Civi. Ia meruapakan siri baharu yang memfokuskan kepada gaya hidup menerusi rekaan peranti serba nipis dan keupayaan kamera swafoto lebih baik. Ia juga hadir dengan beberapa penawaran menarik lain – termasuk panel 3D OLED melengkung yang menyokong kadar segar semula 120Hz, dijana cip Snapdragon 778G, kamera utama 64MP dan banyak lagi.

image is not available

Bercakap lebih lanjut mengenainya, peranti ini dikatakan tidak akan ditawarkan di luar pasaran China. Memetik laporan Android Authority, menerusi kenyataan jenama itu, Xiaomi Civi adalah eksklusif untuk pasaran China dan tiada sebarang perancangan untuk menawarkannya ke pasaran global. Seterusnya, persoalan mengenai adakah akan terdapatnya versi peranti yang dijenamakan semula daripada peranti berkenaan turut masih menjadi misteri. Sama-sama kita nantikan perkembangan selanjutnya berkaitan perkara ini.

image is not available

Sekadar makluman, Xiaomi Civi dilengkapi skrin 6.55-inci 3D OLED dengan kada segar semula 120Hz dan paparan yang menyokong HDR10+ serta Dolby Vision. Ia seterusnya dijana cip Snapdragon 778G yang dipadankan dengan memori sehingga 12GB RAM dan storan dalaman 256GB. Bateri pula sebesar 4,500mAh yang menyokong pengecasan pantas 55W. Tetapan kamera adalah 64MP+8MP+5MP dan kamera swafoto sebesar 32MP.

Sumber : Android Authority