Aplikasi Terpasang Apple Di App Store Akhirnya Boleh Diulas Oleh Pengguna

TechnologyDigital
30 Sep 2021 • 10:12 PM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Ramai mungkin tidak menyedari selama ini aplikasi terpasang Apple seperti Apple Maps, Podcast, Apple Music dan Notes tidak boleh diulas oleh pengguna. Ini menimbulkan kemarahan oleh pembangun aplikasi lain yang merasakan ini adalah tidak adil kerana aplikasi mereka boleh diulas dengan pengguna meninggalkan jumlah bintang.

image is not available

Bermula iOS 15, Apple akhirnya membenarkan pengguna meninggalkan ulasan dalam bentuk bertulis atau pemberian bintang. Setakat ini markah ulasan yang diterima pada aplikasi Apple adalah sekitar 3-4 bintang dengan terdapat komen yang meminta apakah penambahbaikan yang perlu dilakukan. Dari sudut positif Apple akhirnya mempunyai maklum balas sebenar dari pengguna mengenai aplikasi mereka. Dari sudut negatif pula ia boleh menjadi ruang membantai seperti yang berlaku pada aplikasi Google di Play Store.

Sumber 9to5Mac