
Membayar melalui aplikasi di telefon bimbit lebih disukai oleh orang ramai untuk mengurangkan kontak langsung semasa wabak yang berterusan ini. Terutamanya di lokasi seperti stesen minyak, dimana orang ramai datang mengisi petrol atau mendapatkan makanan ringan, memang sukar untuk mengurangkan pendedahan. Oleh itu, BHPetrol memperkenalkan aplikasi eCard yang berfungsi sebagai pengumpul mata ganjaran ePoints, dan sumber untuk mendapatkan kemaskini terbaru mereka. Pengguna juga boleh menebus pelbagai baucar melalui aplikasi eCard seperti baucar BHPetrol bernilai RM10 dengan menggunakan mata ganjaran ePoints sebanyak 950. BHPetrol juga bekerjasama dengan Newswav untuk memberikan mata ganjaran ePoints secara eksklusif kepada pengguna Newswav! Terus membaca untuk mengetahui lebih lanjut mengenai aplikasi eCard dan bagaimana anda boleh menyertai peraduan ini.
1. Promosi & Kemas Kini Terbaru Di Hujung Jari Anda

Dengan aplikasi eCard di telefon bimbit anda, anda bukan sahaja dapat mengurangkan penggunaan kad plastik, tetapi juga tidak perlu risau tentang kehilangan atau kerosakan kad fizikal anda. Aplikasi ini memberi anda tawaran & penebusan yang hebat, dan berfungsi sebagai platform sehenti yang membenarkan anda merujuk kepada harga minyak setiap hari, memeriksa jumlah ePoints semasa dan sejarah transaksi anda.
2. Kumpulkan & Tebus ePoints Anda Dengan Segera

Dengan aplikasi eCard ini, pengumpulan mata ganjaran ePoints melalui BHPetromart dan stesen BHPetrol yang terpilih kini lebih mudah dan menjimatkan masa. Sekiranya anda berbelanja di BHPetromart, anda boleh mengumpul mata ganjaran ePoints dengan menunjukkan kod QR di aplikasi eCard anda kepada juruwang. Semua ePoints yang anda perolehi dapat digunakan untuk menebus baucar BHPetrol (950 ePoints = RM10 baucar BHPetrol, 550 ePoints = RM5 baucar BHPetrol), item BHPetromart terpilih, dan banyak lagi barangan dari jenama dan perkhidmatan kegemaran anda seperti Lazada dan Digi! Di halaman “Ganjaran” pada aplikasi eCard anda, klik “Dalam Talian” dan anda boleh menebus barangan elektrik, alat elektronik, beg, barang perhiasan, cermin mata hitam, dan banyak lagi.
3. Program Kongsi Untuk Dapatkan Lebih Banyak ePoints!

Untuk mengumpul lebih banyak mata ganjaran ePoints, anda boleh kongsi aplikasi eCard kepada rakan-rakan anda dan nikmati ganjaran 100 ePoints bagi setiap satu rujukan anda apabila rakan anda berbelanja sejumlah RM40 di stesen BHPetrol yang terpilih. Program ini bermula dari 1 Julai 2021 dan hanya terhad kepada 10,000 penebusan sahaja. Jadi muat turun aplikasi eCard sekarang dan sertai program “Lebih Banyak Kongsi, Lebih Banyak Ganjaran” ini! Tertakluk kepada terma dan syarat.
Pengumuman Pemenang Peraduan “BHPetrol X Newswav Share & Win”

Kami amat teruja untuk mengumumkan pemenang peraduan yang berlangsung dari 1 Oktober 2021 – 30 November 2021. Pertama sekali, kami ingin mengucapkan tahniah kepada semua pemenang ‘giveaway’ dan terima kasih kepada semua yang telah mengambil bahagian. Bagi yang tidak menang, jangan risau, kami menjamin bahawa akan ada acara yang lebih menarik dalam masa terdekat, pastikan anda bersedia!
Hadiah Utama: 200,000 ePoint
CHOONG CHING TING
Hadiah Ke-2: 100,000 ePoint
FATHIN ATHIRAH HASLI
Hadiah Ke-3: 50,000 ePoint
AHMAD ADLYN BIN OTHMAN
Semua pemenang akan dihubungi melalui e-mel dan/atau Whatsapp dan dikehendaki memberikan butiran akaun Newswav mereka & salinan NRIC mereka untuk tujuan pengesahan selewat-lewatnya pada 27 Disemebr 2021. Kegagalan berbuat demikian boleh menyebabkan hadiah ePoints mereka dibatalkan.
Jangan lupa muat turun aplikasi BHPetrol eCard melalui Google Play Store atau Apple App Store dan masukkan kod rujukan BHPNEWSWAV untuk mendapatkan 100 ePoint percuma! ePoints akan dikreditkan ke dalam akaun anda selepas perbelanjaan minimum RM1 di stesen BHPetrol.
Nantikan kempen yang lebih menarik dalam masa terdekat!
*Tertakluk kepada terma dan syarat

