“Kacak menangis…nak saya jaga ibu dia” – Berjaya Pujuk Anak Lelaki DSV, Iqbal Harap Cik B Pun Lembut Hati

Entertainment
17 Sep 2021 • 11:27 AM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

image is not available

Meskipun bakal berkahwin dengan kekasih hatinya tidak lama lagi, namun Iqbal masih buntu dan berharap agar hubungannya dengan Dato’ Seri Vida diterima oleh anak gadis jutawan kosmetik itu. Baru-baru ini, isu terbabit menjadi lebih ‘panas’ selepas Cik B atau nama sebenarnya Edlynn Zamileen Mohd Amin, 16, berkata dia tidak merestui hubungan pasangan berkenaan.

Menerusi sebuah video yang telah viral di media sosial, Cik B telah memberi reaksi terhadap janji yang diberikan Iqbal serta akui berasa geli apabila bekas pembantu peribadi ibunya itu berkata akan menjaga ‘anak kita’.

“Bila masa saya anak dia? Macam itulah, Saya rasa macam ‘eeee’. Rasa ‘cringe’ (geli).”

@erlyszna

#fypシ

♬ original sound – Ellysuziana – Ellysuzianaimage is not available

 

Berjaya pujuk dan dapat restu Kacak

Melalui satu sesi temu ramah bersama mStar, Iqbal mendedahkan bahawa anak lelaki DSV yang mesra dipanggil Kacak telah pun merestui hubungan mereka.

Kata pemuda berusia 27 tahun itu, dia gembira apabila Kacak atau nama sebenarnya Muhammad Eric Zecquan Mohd Amin, 14, sudah menerima kehadirannya dalam keluarga mereka.

Kacak sangat baik dengan saya… sangat rapat. Dia menangis, dia nak saya jaga ibunya.”

Jadi perkahwinan ini memang betul-betul akan berlaku. 

image is not available

 

“Abang nak jaga mama, mama dah semakin tua…”

Pada penghujung temu ramah, ketika ditanya oleh wartawan, Iqbal sempat memberi kata-kata dengan harapan agar Cik B pula akan terbuka hati untuk merestui dan menerimanya sebagai bapa tiri tidak lama lagi.

Abang tak mahu apa-apa pun. Abang dah ada duit, dah ada rumah. Mama semakin berusia.”

Abang nekad nak jaga mama. Kalau abang gagal dalam masa dua atau tiga tahun, Cik B buanglah abang, letak abang jauh-jauh.”

Cik B fikir di pihak abang. Abang nak jaga mama. Mama dah semakin tua.”

Tonton video penuh di sini.

Diharapkan kemelut keluarga ini dapat diselesaikan dengan cara yang terbaik.

Baca: “Saya rasa macam eeee…” – Cik B ‘Cringe’ Dengar Janji Iqbal, Nak Jaga & Jadi Bapa Baru Yang Baik

image is not available

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.