Bekalan air lima kawasan di Hulu Langat pulih sepenuhnya

30 Sep 2021 • 7:45 AM MYT
Media Selangor
Media Selangor

Berita dan isu semasa, inklusif untuk semua.

image is not available

SHAH ALAM, 30 SEPT: Lima kawasan di wilayah Hulu Langat yang terjejas bekalan air berikutan penggantian injap pada Selasa pulih sepenuhnya jam 3 pagi tadi.

Kawasan yang terlibat ialah Bandar Sungai Long, Taman Bukit Palma, Bandar Mahkota Cheras, Green Park Residence dan Balakong.

Air Selangor menerusi Facebook mengucapkan terima kasih kepada pengguna atas kesabaran dan kerjasama yang diberikan sepanjang tempoh gangguan bekalan air berlaku.

Pada Selasa, lima kawasan berkenaan mengalami gangguan bekalan air berjadual berikutan kerja penggantian injap di Taman Sri Indah Balakong, Inlet Cheras dan hadapan The Mines.

Kerja penyelenggaraan itu siap pada jam 6 pagi semalam dan bekalan air diagih secara berperingkat.

Maklumat terkini dimaklumkan melalui semua medium komunikasi Air Selangor termasuk Facebook, Twitter, Instagram dan laman sesawang www.airselangor.com.

The post Bekalan air lima kawasan di Hulu Langat pulih sepenuhnya appeared first on Selangorkini.