Kamera iPhone Boleh Rosak Jika Terdedah Kepada Getaran Seperti Dari Motosikal Berkuasa Tinggi

Digital
12 Sep 2021 • 12:31 PM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

image is not available

Kamera iPhone membantu pengguna untuk mengambil gambar dalam apa jua keadaan. Sistem kamera iPhone yang canggih merangkumi teknologi seperti penstabilan gambar optik dan autofokus untuk menghasilkan gambar yang berkualiti tinggi.

Jika anda menggerakkan kamera semasa mengambil gambar, imej yang dihasilkan akan kelihatan kabur. Untuk mengelakkan ini daripada terjadi, sesetengah model iPhone mempunyai teknologi sistem penstabilan imej optikal (OIS) untuk mengurangkan pergerakan gambar.

image is not available

Bagaimanapun, baru-baru ini Apple ada mengeluarkan kenyataan berkenaan kamera iPhone. Getaran dari motosikal berkuasa tinggi boleh menjejaskan prestasi kamera iPhone.

Jelas Apple, ini adalah kerana sistem penstabilan imej optikal (OIS) dan pemfokusan gelung tertutup yang ada dalam iPhone sensitif kepada getaran yang berterus untuk jangka masa yang lama.

Sebagai langkah keselamatan, Apple mencadangkan pengguna iPhone agar tidak meletakkan terus telefon pintar pada cagak motosikal. Sebagai contoh, untuk merakamkan perjalanan.

Untuk kenderaan yang mempunyai enjin berkapasiti kecil seperti skuter, Apple mencadangkan agar pengguna memilih cagak yang mempunyai fungsi menyerap hentakan dan gegaran untuk menjaga kesihatan kamera.

 

Sumber: Apple

BACA: Jenama Mewah Rusia Ini Tawar iPhone 12 Pro Edisi Mekah & Madinah Dengan Harga RM37,000

image is not available

TeknoPed

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.