“Apa barang pakai sudip” – Peniaga Di Indonesia Viral Sebab Selamba Pakai Tangan Kosong Masa Menggoreng

Entertainment
25 Sep 2021 • 4:49 PM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

image is not available

Benda yang paling ramai orang takuti ketika memasak ialah terpercik minyak panas pada tangan. Kalau minyak tu tumpah, lagi lah bahaya sebab boleh melecur. Jadi, ramai yang akan cuba jauhkan diri sejauh mungkin daripada kuali ketika menggoreng.

Namun, peniaga makanan bergoreng di Magelang, Indonesia ini pula nampaknya tak perlu takut dengan minyak masak sebab dia dikatakan mempunyai kebolehan untuk celup tangan dalam minyak panas! Biar betul ni? 

image is not available

Memetik laporan daripada Tribun Jateng, wanita yang berusia 55 tahun itu tak menggunakan sudip untuk menterbalikkan makanan dalam kuali berisi minyak masak panas.

Dikenali sebagai Sri Rejeki, peniaga bakwan itu mengatakan dia mula guna cara tu pada mulanya untuk menarik pelanggan.

Ketika pertama kali celup tangan dalam minyak panas, memang saya ada rasa panas tapi tak pernah melecur. Lama-lama, saya jadi terbiasa,” katanya.

Rahsia untuk ‘kebal’ rasa panas minyak masak tu pula katanya dia hanya akan baca bismillah dan selebihnya dia tak rasa panas sangat sekarang sebab memang dah terbiasa. Lagipun, dia bukannya celup tangan dalam minyak tu lama-lama pun. 

image is not available

Wanita ini telah menjual bakwan iaitu sejenis makanan bergoreng yang menyerupai cucur atau tempura sejak beberapa tahun lalu setelah suaminya diserang strok.

Namun, wanita hebat ini berjaya menghantar anaknya belajar di universiti dengan hasil jualan bakwan tersebut.

Memang respek dengan makcik ni. Kita terpegang cekodok pisang panas pun dah ketar tangan. 

Sumber: Tribunnews Jateng, Suara.com

Baca: Doktor Ini Pesan Untuk Elakkan Guna Minyak Masak Berulang Kali

image is not available

Tribunnews/Nanda Sagita Ginting

Suara.com/Angga Haksoro Ardi

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.