“Dah macam cendawan” – [VIDEO] Elly Mazlein Tunjuk Bakat Gunting Rambut Suami, Hasilnya….

Entertainment
9 Sep 2021 • 11:44 AM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

image is not available

Umum ketahui, kedai gunting rambut baru sahaja dibenarkan beroperasi dalam Fasa 1, Pelan Pemulihan Negara beberapa minggu lalu, dan pastinya setelah sekian lama ditutup, pelanggan akan tidak putus-putus untuk mendapatkan potongan rambut yang semakin panjang gara-gara penutupan premis tersebut.

Sepanjang penutupan kedai gunting, tak dinafikan memang ramai yang rimas dan memilih untuk memotong sendiri rambut mereka sama ada dengan bantuan kawan, ahli keluarga dan sebagainya.

Mungkin disebabkan itulah artis serba boleh Elly Mazlein turut ‘menceburi’ bidang baru sebagai tukang gunting baru-baru ini apabila dia memuat naik sebuah video menunjukkan kebolehannya memotong rambut suaminya, Mohammad Azlan di Instagram.

image is not available

Menerusi rakaman video tersebut, kelihatan suami Kak Lina Pom Pom ini pasrah menanti rambutnya dipotong menggunakan mesin pemotong rambut tersebut. Difahamkan, ‘kejadian’ tersebut dilakukan di halaman rumah sahaja.

Apa yang mengelikan hati ramai adalah reaksi muka penyanyi itu yang kelihatan amat tekun dan fokus dalam sesi potongan rambut tersebut, saling tak tumpah macam barber yang berpengalaman.

image is not available

“Customer pertama…terer la kak pom pom….walaupun”  

 

View this post on Instagram

 

A post shared by SaraAzlanimage is not available (@iamellymazlein)

Selepas selesai potongan rambut tersebut, Kak Lina telah menunjukkan hasil tangannya dan mungkin hasil potongan tersebut terlampau ‘cantik’, maka suaminya hanya mampu tersenyum dengan kejadian tersebut.

Di ruangan komen, kelihatan ramai peminat memuji kebolehan penyanyi tersebut, sambil ada yang minta dia membuka sebuah kedai gunting rambut! Tapi, ramai juga yang meninggalkan emoji menangis kegembiraan sahaja melihat gelagat Kak Lina tersebut, mungkin dah hilang kata-kata.

image is not available

Mungkin lepas ni, suami Kak Lina akan ke kedai gunting untuk ‘baiki’ semula rambutnya tu… 

Baca : “Pura-pura terkejut & tak tahu” – Netizen Berdekah Tengok Reaksi ‘Innocent’ Cik B Pasal DSV Nak Kahwin

image is not available

 

 

Instagram

Instagram

Instagram

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.