Poco C31 Adalah Telefon Baharu Akan Datang Dibawah Siri Poco C

TechnologyDigital
26 Sep 2021 • 8:47 PM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Poco pada minggu lepas telah hadir dengan gambar acah, memperlihatkan bakal memperkenalkan telefon pintar dibawah siri Poco C pada penghujung bulan ini. Lanjutan daripadanya, kini Poco mengesahkan yang mana telefon yang bakal diperkenalkan itu adalah Poco C31.

image is not available

Poco C31 akan diperkenalkan pada 30 September 2021 ini. Ini juga adalah kali pertama pihak Poco menggunakan angka siri dua digit – berbanding versi C sebelum ini, iaitu Poco C3.

Melalui gambar yang dikongsikan, Poco memperlihatkan ia akan hadir dengan rekaan skrin bertakuk kecil untuk kamera hadapan. Ia tidak diketahui lagi sama ada peranti ini akan eksklusif untuk pasaran India sahaja, atau akan ditawarkan pada peringkat global.

Seperti biasa, sama-sama kita nantikan 30 September 2021 ini untuk melihat penawaran pihak Poco melalui Poco C31 ini.