[VIDEO] Terlampau ‘Trauma’ Dengan Jarum, Remaja Hampir Muntah Masa Nak Cucuk Vaksin

Entertainment
30 Sep 2021 • 3:24 PM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

image is not available

Sejak 20 September lalu, pemberian vaksin kepada remaja berusia 12-17 tahun sedang dijalankan dan ia nya melibatkan lebih dari 150 Pusat Pemberian Vaksin (PPV) di seluruh negara dan dilakukan dengan walk-in menurut Berita Harian.

Sama seperti golongan dewasa, nyata ada juga cabaran dilalui oleh golongan remaja tersebut sama seperti kisah ini.

 

Trauma dengan jarum

Baru-baru ini, reaksi seorang remaja di PPV di negeri Kelantan ini menarik perhatian ramai apabila ramai petugas kesihatan terpaksa menenangkan dia sewaktu hendak menerima vaksin.

Posting ini dibuat oleh @azura100, menunjukkan gelagat anak lelakinya yang kelihatan begitu trauma untuk divaksin.

Dalam video yang dikongsi, anak lelakinya dilihat menunggu dengan riak wajah yang penuh risau dan dia lebih takut sewaktu petugas datang untuk memulakan proses. Dia juga mengelap matanya berulang kali menggunakan sapu tangan dibawa.

Bukan itu saja, ibunya turut dipanggil masuk untuk bantu menenangkan anak lelakinya tersebut.

@azuraa100

next sterusnye….ntiimage is not available

♬ bunyi asal – mokRa azura – mokRa azura

@azuraa100

Balas kepada @mimiey920820 lawak kn ank sy niimage is not available

♬ bunyi asal – mokRa azura – mokRa azura

 

Sampai nak termuntah

Apa yang paling menarik perhatian, remaja berusia 15 tahun dilihat hampir menangis dan termuntah dengan teruk walaupun masih belum disuntik vaksin. Setiap kali ingin dicucuk, makin teruk pula reaksi ditunjuk pemuda berkenaan sampaikan terpaksa ditangguh berulang kali oleh petugas tersebut.

Namun lepas beberapa ketika, akhirnya pelajar sekolah menengah itu berjaya divaksin sambil dipeluk ibunya serta terpaksa dibantu oleh beberapa petugas kesihatan yang lain.

Perkongsian video-video tersebut telah menarik perhatian ramai, dan sehingga kini ia nya telah meraih lebih dari 2.1 juta tontonan di TikTok.

@azuraa100

Balas kepada @makcikvouge3 masih lg gagal 2mici..satu doktor..next strusnye…

♬ bunyi asal – mokRa azura – mokRa azura

@azuraa100

akhirnye selesai jgk dos1..#covidisrealimage is not availableimage is not available

♬ bunyi asal – 𝒉𝑎𝑚𝑏𝑎 𝑎𝑙𝑙𝑎𝒉 – abe..

@azuraa100

t kasih smua komen yg mn bg smgt…t kasih jugak yg kecamimage is not available

♬ Syukur Alhamdulillah – Wafiq Azizah

 

“Adik ni takut sbb ada cerita di sebalik nya”

Menjengah di ruangan komen, pelbagai reaksi diberikan oleh rata-rata netizen yang melihat video tersebut. Ada yang seakan faham dengan situasi dialami remaja itu sebab mungkin ada kisah menyebabkan dia jadi sebegitu.

Namun ada juga yang memuji adik itu, walaupun ketakutan tapi dia masih patuh dengan menyinsing lengannya itu.

image is not availableimage is not availableimage is not availableimage is not available

Kesian pula tengok adik ni sampai nak termuntah dia. Goodluck untuk adik2 yang nak masuk sekolah tu.

 

Baca : “Selawat dalam hati” –  [VIDEO] Doktor Dipuji Warganet, Sopan Layan Warga Asing Masa Cucuk Vaksin

TikTok

TikTok

TikTok

TikTok

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.