Aplikasi MySejahtera akan menerima kemaskini bermula malam ini, yang mana akan memfokuskan kepada kemudahan paparan status vaksin seseorang dan juga status risiko seseorang.

Melalui kemaskini baharu ini, ia akan memaparkan status pengguna berkenaan sama ada telah divaksin penuh atau sebaliknya pada halaman imbasan daftar masuk ke sesuatu lokasi. Malah, sekiranya berisiko, ia akan turut memaparkan butang berwarna merah yang lebih jelas berbanding pada hari ini.
Khairy Jamaluddin, Menteri Kesihatan Malaysia mengatakan pengenalan kemaskini ini pada MySejahtera akan memudahkan lagi urusan harian, apatah lagi dengan kita perlu hidup bersama Covid bergerak ke hadapan.
Disamping itu, beliau turut mengatakan kemaskini baharu akan diperkenalkan dalam minggu-minggu akan datang dalam terus menambah-baik aplikasi MySejahtera.
The @my_sejahtera team will push a new build tonight making it easier for people to display their risk level and vaccination status – this will ease living with Covid, together.
Will further update and improve the app over the coming weeks. pic.twitter.com/HlClvaA6dQ
(@Khairykj) September 2, 2021

