Kemaskini MySejahtera : Jangan Lupa “Check-Out” Selepas Meninggalkan Sesuatu Lokasi Atau Premis

TechnologyDigital
2 Sep 2021 • 10:00 PM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

MySejahtera kini digunakan secara meluas dalam penjejakkan kontak, selain menyimpan sijil vaksin. Orang ramai juga perlu menggunakan aplikasi MySejahtera untuk mengimbas kod QR bagi daftar masuk sesuatu lokasi, sebelum dibenarkan masuk.

Terbaru, melalui kemaskini aplikasi MySejahtera yang mula diperkenalkan bermula hari ini, ia turut menambah sebuah butang “Check-Out” atau daftar keluar.

image is not available

Apabila meninggalkan sesuatu lokasi atau premis, pengguna hanya perlu tekan butang “Check-Out”.

Langkah ini dijangka akan menambah-baik proses penjejakkan kontak, selain mengetahui sehingga waktu bila seseorang itu berada di lokasi berkenaan.

Kemaskini sama juga turut membawakan sokongan paparan status vaksin dan risiko yang lebih jelas berbanding sebelum ini.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved