Raja Muda Selangor berangkat ke Majlis Maulidur Rasul

LocalPolitics
19 Oct 2021 • 1:05 PM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

image is not available

SHAH ALAM - Raja Muda Selangor, Tengku Amir Shah Ibni Sultan Sharafuddin Idris Shah berkenan berangkat ke Majlis Sambutan Maulidur Rasul Peringkat Selangor di Dewan Syarahan dan Muzakarah Islam Shah Alam.

Tengku Amir diiringi Menteri Besar, Datuk Seri Amirudin Shari dan Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor, Datuk Azmie Diron.

Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) dalam kenyataannya memaklumkan, ia merupakan Sambutan Maulidur Rasul pasca pandemik Covid-19 yang melanda negara sejak tahun 2020.

"Sambutan bertemakan Manhaj Rabbani, Ummah Berkualiti ini turut diserikan dengan bacaan berzanji dan selawat kumpulan berzanji Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah.

image is not available

"Majlis kemudian disusuli dengan segmen sirah Rasulullah SAW disampaikan Muhamad Abdullah Al-Amin," menurut JAIS dalam kenyataan kepada pemberita selepas berakhirnya majlis tersebut pada Selasa.

Dalam pada itu, Raja Muda Selangor berkenan menyempurnakan pelancaran Buku Pelan Strategik JAIS 2020 - 2024.

"Sambutan diadakan ini biarpun dalam keadaan sederhana, ringkas dan mengikut prosedur operasi standard (SOP) penjarakan fizikal, ia juga diharapkan dapat terus menyemarakkan rasa cinta dan kasih kepada junjungan Nabi Muhammad S.A.W," kata JAIS dalam kenyataan itu.