Nothing Menerima Dana Lebih RM200 Juta Dan Umum Kerjasama Bersama Qualcomm

TechnologyDigital
14 Oct 2021 • 11:53 AM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Nothing ear (1) sudah pun dilancarkan di Malaysia secara rasmi semalam. Ia adalah TWS pertama Nothing, iaitu syarikat yang ditubuhkan oleh Carl Pei dan mempunyai sokongan ANC, pengecasan Qi, rekaan lutsinar dan dijual pada harga RM499.

Terkini, pihak Nothing mengumumkan yang mereka telah menerima dana tambahan sebanyak $50 juta – iaitu sekitar lebih RM200 juta daripada pelabur peribadi. Dana ini dikatakan akan digunakan untuk pembangunan produk baharu untuk mengembangkan lagi ekosistem mereka.

image is not available

Selain itu, Nothing turut mengumumkan yang mereka telah mengikat perjanjian bersama Qualcomm untuk bekerjasama dengan produk akan datang. Menurut mereka, kerjasama ini adalah untuk menggunakan platform Snapdragon dariapda Qualcomm dalam produk-produk baharu.

image is not available

Jika Snapdragon, hanya akan ada dua sahaja – sama ada jam tangan pintar atau telefon pintar. Dengan mengambil-alih hak-milik Essential Februari lalu, tidak terkejut jika Nothing akan hadir dengan sebuah gajet baharu yang akan bersaing dengan pesaing.

Adakah telefon pintar tubuh lutsinar? Jam Wear OS lutsinar? Sama-sama kita nantikan.