KKM Akan Menerima RM4 Bilion, 88 Juta Dos Vaksin Tambahan Untuk Memerangi Wabak COVID-19 Dengan Lebih Cekap

TechnologyDigital
29 Oct 2021 • 4:57 PM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

image is not available

Kini, 90 peratus daripada rakyat dewasa sudahpun menerima sekurang-kurangnya satu suntikan vaksinasi untuk memastikan mereka terpelihara daripada kesan teruk wabak COVID-19, dan sedang dalam proses untuk memvaksinasi kanak-kanak berumur 12-17 tahun.

image is not available

Kes-kes harian sudah dilihat kurang daripada 7000 kes sehari untuk minggu yang lalu, tetapi untuk memastikan semua rakyat di Malaysia boleh menerima suntikan vaksinasi dengan cepat dan mudah, Tengku Zafrul Aziz, Menteri Kewangan Malaysia melalui Belanjawan 2022 telah mengumumkan bahawa Kementerian Kesihatan Malaysia akan menerima RM4 bilion dan juga 88 juta dos vaksin tambahan untuk memerangi wabak tersebut.

image is not available

RM2 bilion pertama akan digunakan untuk meningkatkan kapasiti fasiliti perkhidmatan yang digunakan untuk mengagihkan vaksin-vaksin tersebut, dan RM2 bilion lagi untuk pemerkasaan Program Vaksinasi COVID-19 Kebangsaan.

image is not available

Dalam pada itu, kerajaan juga akan memperuntukkan wang untuk mendapatkan ubat antiviral spektrum luas untuk membolehkan rakyat Malaysia melindungi diri mereka daripada kesan teruk COVID-19 bagi mereka yang tidak boleh menerima suntikan vaksinasi.

image is not available

Pada awal hari ini, Menteri Kesihatan Khairy Jamaluddin juga dilihat mengesahkan bahawa selain mereka yang menerima vaksin Sinovac, mereka yang menerima vaksin Astra-Zeneca juga boleh mendapatkan dos tambahan ketiga, dan butiran mengenainya akan diumumkan kelak.