Olahan Rekaan Penyejuk Kad Grafik Intel Arc Alchemist Diperlihatkan – Mungkin Akan Dilancarkan Pada Suku Kedua 2022

TechnologyDigital
4 Oct 2021 • 1:39 PM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Intel dijangka akan memperlihatkan siri kad grafik desktop mereka pada tahun hadapan, tetapi dari segi pelancaran produk, oleh kerana kekurangan bahan mentah, ia dilhat bahawa siri kad grafik ini hanya akan mula dipasarkan sekitar suku kedua tahun 2022.

image is not available

Moore’s Law is Dead, laman YouTube yang sering memperlihatkan rekaan awal komponen-komponen komputer terbaru baru-baru ini telah memperlihatkan olahan reka bentuk rujukan yang akan digunakan oleh syarikat-syarikat pembuat kad grafik yang lain.

image is not available

Menurut pemilik laman web tersebut, imej olahan yang diperlihatkan ini boleh dikatakan cukup tepat, berdasarkan memori beliau yang telah melihat sendiri rupa kad grafik tersebut, dan telah meminta seorang pengolah grafik 3D untuk mengolah rekaan kad grafik tersebut.

image is not available

Dari imej yang diperlihatkan, kad grafik ini mempunyai rekaan setebal dua slot pengembangan PCIe, menggunakan satu palam lapan pin dan satu palam enam pin kuasa PCIe dan hadir dengan tiga palam DisplayPort dan satu palam HDMI.

image is not available

Spesifikasi rasmi untuk kad grafik ini tidak diketahui lagi, tetapi ia sudahpun disahkan bahawa cip pemprosesan grafik Arc Alchemist ini akan dikilangkan menggunakan proses 6nm oleh TSMC.

Intel juga dijangka akan memperkenalkan beberapa model SKU dengan kemampuan grafik berbeza sesuai untuk pelbagai jenis pengguna yang mahu mendapatkan kad grafik kelas desktop untuk komputer-komputer mereka apabila ia dilancarkan kelak.