Akibat Banyak Kena Tag Di Video ‘Mak Cik Karen’, Mark Odea Tampil Minta Maaf Wakil Mat Saleh

Entertainment
28 Oct 2021 • 4:46 PM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

image is not available

Semalam, tular satu video berkenaan isu seorang wanita warga asing yang digelar ‘Karen’ tidak dibenarkan untuk memasuki butik Dior di Suria KLCC kerana tidak memakai pelitup muka.

Video tersebut telah mendapat jumlah tontonan melebihi 100,000 semenjak dimuat naik pada pagi semalam. Tindakannya yang bertengkar dan mengatakan golongan yang memakai pelitup muka sebagai komunis telah menjadi perhatian para netizen yang menonton video tersebut dan menggesa supaya dia dikenakan tindakan kerana melanggar SOP.

Isu ini juga telah mendapat komen daripada menteri kesihatan Malaysia, Khairy Jamaluddin melalui laman Twitternya.

Berikutan dengan isu ini, nama Mark Odea, seorang selebriti asal daripada negara United Kingdom ini telah banyak di tagged di video ‘Mak Cik Karen’ tersebut kerana mereka berasal dari rumpun yang sama.

@markodea8

Malaysia Karen is not my mum…image is not available#shouldbeme #tiktokmalaysia #foryou #karen #klcc #malaysia

♬ Monkeys Spinning Monkeys – Kevin MacLeod

Oleh hal yang demikian, Mark tampil memberi respon melalui video di akaun TikTok miliknya. Di dalam video tersebut, beliau telah mewakili komuniti ‘mat saleh’ dan orang putih, memohon maaf atas isu yang berlaku berkaitan ‘Mak Cik Karen’ di butik Dior Suria KLCC semalam.

Mark juga memberitahu bahawa tidak semua komuniti ‘mat saleh’ seperti wanita tersebut. Mereka masih mematuhi SOP dengan memakai pelitup muka di tempat awam.

“Tidak semua daripada kami seperti Karen, kami pakai pelitup muka!”- Mark

Di samping itu, dengan gurauan, Mark mengingatkan netizen agar berhenti mengetag beliau di video viral tersebut.

Korang ni pun, Mak Cik Karen tu bukan mak Mark Odea ni…

Baca:Tengok muka pun tau Karen – Minah Saleh Naik Angin, Dihalang Masuk Butik Dior KLCC Sebab Tak Pakai Mask

image is not available

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.