MacBook Pro 16-inci Dengan Cip M1 Max Akan Menyertakan Mod “High Power”

TechnologyDigital
22 Oct 2021 • 1:19 PM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Apple telah pun memperkenalkan MacBook Pro 16-inci dengan cip Apple M1 Max secara rasminya pada minggu ini. Selari dengannya, kini Apple turut dilihat mengesahkan model berkuasa tinggi berkenaan bakal menyertakan sebuah mod khas, dinamakan “High Power Mode”.

Melalui mod berkenaan, ia akan menggunakan tenaga tinggi bertujuan untuk memudahkan pemprosesan – terutamanya melibatkan render fail, dan pelbagai tugasan yang memerlukan tenaga tinggi.

image is not available

Teks penerangan pada macOS Monterey mengatakan penggunaan mod ini akan membawa kepada prestasi yang tinggi, tetapi turut membawa kepada bunyi kipas yang lebih kuas.

Mod ini ditujukan untuk beberapa tugasan sahaja, dan tidak disarankan untuk tugasan kerja biasa.

Pada masa yang sama, mod ini juga dilihat akan ditawarkan untuk MacBook Pro 16-inci sahaja, dan tidak pada model 14-inci.