FRIM 'Forest Skywalk' Dibuka Semula Sabtu Ini!

14 Oct 2021 • 2:45 PM MYT
Rileklah
Rileklah

Lifestyle & travel news. Malaysian-style travel, tips, food, hotel and more!

image is not available

FRIM akan membuka semula Jejantas Rimba (Forest Skywalk) kepada pengunjung mulai 16 Oktober 2021 (Sabtu).

image is not available

Tiket hanya boleh diperolehi melalui tempahan awal mulai hari ini, terletak atas syarat syarat yang dinyatakan:

  • Untuk mereka yang ingin berkunjung bawah10 orang peserta boleh membuat dalam talian di https://skywalk.frim.gov.my
  • Untuk mereka yang ingin berkunjung 10 orang peserta atau lebih boleh membuat tempahan melalui emel: Pusat Informasi Pelawat (VIC) FRIM (E-mail symbolfrim_enquiry@frim.gov.my) (pakej lawatan berpandu).

Sehubungan itu, FRIM juga membenarkan aktiviti ‘nature trekking’ dan fotografi/penggambaran (tidak melebihi 10 orang setiap sesi) mulai 16 Oktober di kampus utama. Permohonan awal dan urusan tempahan perlu dibuat melalui VIC (E-mail symbolfrim_enquiry@frim.gov.my).

Kriteria kemasukan untuk menjalankan aktiviti-aktiviti ini termasuk: 
● Telah lengkap vaksinasi dan perlu menunjukkan bukti vaksinasi;
● Pendaftaran masuk dengan aplikasi MySejahtera dan pemeriksaan suhu (tidak melebih 37.5 ºC); dan
● Pemantauan oleh petugas FRIM diwajibkan.