Acer ConceptD 3 Ezel dan ConceptD 3 Diumumkan Untuk Industri Kreatif

TechnologyDigital
14 Oct 2021 • 12:25 PM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Semalam Acer ConceptD 7 Spatial dilancarkan dengan menyasarkan penghasilan kandungan 3D. Bagi mereka yang tidak memerlukan komputer riba berkuasa untuk tujuan ini, Acer ConceptD 3 Ezel dan Acer ConceptD 3 generasi baharu turut dilancarkan dengan spesifikasi yang tidak kurang menarik.

image is not available

Acer ConceptD 3 Ezel ialah model yang paling menarik kerana ia menyerupai Surface Laptop Studio yang dilancarkan minggu lalu. Skrin 15.6″ IPS LCD 4K dengan sokongan sesentuh boleh diubahsuai kedudukannya sehingga menjadi rata jika ingin digunakan untuk melakar terus pada skrin. Ini dipadankan dengan cip Intel Core-i7 Gen 11, GPU NVIDIA GeForce RTX 3050 Ti, memori sehingga 32GB RAM, storan SSD sehingga 1TB dan bateri sebesar 74Wh yang mampu menawarkan tempoh operasi sehingga 17 jam berterusan. Terdapat juga sokongan WiFi 6 dan audio DTS X:Ultra Audio. Kesemua ini dimasukkan ke dalam tubuh komputer seberat 1.7 kg.

image is not available

Acer ConceptD 3 pula dilengkapi skrin 16″ IPS LCD WUXGA dengan sokongan sesentuh boleh diubahsuai kedudukannya sehingga menjadi rata jika ingin digunakan untuk melakar terus pada skrin. Ini dipadankan dengan cip Intel Core-i7 Gen 11, GPU NVIDIA GeForce RTX 3050 Ti, memori sehingga 32GB RAM, storan SSD sehingga 1TB dan bateri sebesar 74Wh yang mampu menawarkan tempoh operasi sehingga 17 jam berterusan. Terdapat juga sokongan WiFi 6 dan audio DTS X:Ultra Audio. Kesemua ini dimasukkan ke dalam tubuh komputer seberat 2.2 kg.