“Arahan mudah pun tak faham” – Siri Jadi ‘Kurang Bijak’ Lepas iOS Terbaru Dikemaskini?

TechnologyDigital
8 Oct 2021 • 5:20 PM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

image is not available

Mula diperkenalkan pada tahun 2011, Siri merupakan pembantu maya yang ada pada beberapa sistem operasi rangkaian produk Apple seperti iPhone, Apple Watch, iPad dan lain-lain.

Dengan bantuan virtual asistant ini, pengguna dapat memberikan arahan suara untuk melakukan apa-apa tindakan yang ingin diinginkan pada peranti seperti memainkan lagu, menghantar e-mel, membuat panggilan dan sebagainya.

Ia merupakan salah sebuah fungsi yang sangat berguna untuk membantu pengguna mengakses telefon dalam situasi seperti ketika memandu, tangan ‘penuh’ atau lain-lain.

image is not available

Namun, kemaskini terbaru iOS15 baru-baru ini khabarnya membuatkan Siri menjadi ‘kurang bijak’ kerana gagal untuk faham dan melakukan beberapa arahan yang mudah dan penting seperti membuat panggilan telefon, menghantar emel dan beberapa lagi arahan.

Difahamkan, masalah yang berlaku ini adalah disebabkan terdapat bug dalam kemaskini terbaru ini yang membuatkan beberapa arahan tidak dapat dilaksanakan oleh pembantu maya berkenaan dan menurut senarai, ada 7 kesemuanya.

image is not available

Antara arahan yang dikeluarkan dari Siri ialah:

  1. Do I have any voicemails? (Adakah saya mempunyai mel suara?)
  2. Play my voicemail messages (Mainkan mesej mel suara saya)
  3. Check my call history (Semak sejarah panggilan saya)
  4. Check my recent calls (Periksa panggilan terakhir saya)
  5. Who called me? (Siapa yang memanggil saya?)
  6. Send an email (Hantar emel)
  7. Send an email to… (Hantar emel kepada)

Namun, tidak dapat dipastikan bahawa ini merupakan ia dikeluarkan secara kekal atau ia hanyalah masalah yang disebabkan ‘bug’ seperti yang terjadi sebelum ini dalam kemaskini yang sama.

Untuk makluman, Apple sebelum ini telah menyenaraikan Siri merupakan salah satu ciri yang boleh digunakan oleh pengguna yang mempunyai masalah penglihatan. Namun, apabila berlaku masalah ini, secara tak langsung ia akan menjejaskan urusan mereka menggunakan telefon pintar berkenaan.

Baca : Tiada Pembalut Plastik, Ini Cara Baharu Pembungkusan Kotak iPhone

image is not available

Tech Republic

Tom's Guide

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.