Pengguna Aplikasi CIMBClicks? Kemaskini Aplikasi Anda Sebelum 23 Oktober Untuk Kekal Guna Tanpa Masalah

TechnologyDigital
16 Oct 2021 • 8:15 PM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Pengguna CIMB Clicks? Kini pihak CIMB telah mula mengeluarkan peringatan meminta para pengguna aplikasi CIMB Clicks mengemaskini aplikasi sebelum 23 Oktober 2021 untuk terus menggunakannya tanpa sebarang gangguan.

Perubahan ini mungkin kerana penaik-tarafan pada sistem, dan mungkin terdapat beberapa ciri yang tidak dapat digunakan melalui aplikasi versi lama.

image is not available

Bagi pengguna yang menghadapi masalah menaik-taraf atau mengemaskini aplikasi, CIMB meminta anda untuk membuang aplikasi daripada peranti anda, dan seterusnya memasang kembali daripada kedai aplikasi.

Untuk anda yang sedia mengemaskini aplikasi CIMB Clicks anda, tidak perlu risau dan boleh menggunakan perkhidmatan tanpa sebarang masalah.