“Meeting dengan Puteri Arab Saudi” – [VIDEO] Mustapha Kamal Buat Gaya Ala ‘Megah Holdings’ Buat Netizen Terhibur

Entertainment
7 Oct 2021 • 12:54 PM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

image is not available

Mesti korang familiar dengan term Megah Holdings kan? Untuk yang tak tahu, istilah ini digunakan sebagai satu simbolik sinis terhadap golongan ‘kayangan’ selain babak orang kaya dalam drama melayu yang seringkali membincangkan mengenai projek jutaan ringgit.

Kebiasaannya mereka akan menggunakan muka pelakon Mustapha Kamal memandangkan dirinya cukup sinonim membawa watak-watak orang kaya. Mungkin kerap dikaitkan dengan Megah Holding di media sosial, ia membuatkan tuan empunya badan terpanggil untuk ajuk babak-babak yang selalu kita boleh lihat dalam drama.

 

Meeting dengan Putera Arab Saudi pasal Hotel 8 stars dalam laut di Arab Saudi 

Dalam video yang dikongsikan menerusi TikTok miliknya itu, Mustapha Kamal dilihat berada dalam satu kenderaan dan duduk dibahagian penumpang sambil mengatakan bahawa dirinya dalam perjalanan untuk berbincang dengan Putera Arab Saudi mengenai projek hotel 8 bintang dengan nada seperti seseorang yang berkarisma tinggi.

@mustaphakamaal

Meeting dengan Putera Arab Saudi pasal Hotel 8 stars dalam laut diArab Saudi … semoga dipermudahkan dan menjadi kenyataan … aamiin

♬ original sound – Mustapha Kamal – Mustapha Kamal

Video sketsa ini telah meraih 769.4K dalam masa 22 jam ia dimuat naik, rata-rata netizen terhibur apabila melihatnya dan ramai yang turut sama ‘masuk watak’ dalam babak ini seperti mana yang selalu terpapar di kaca tv yang membuatkan kita tak kering gusi.

 

Saya tak nak kahwin dengan anak Dato’ Mansor – Netizen

image is not availableimage is not availableimage is not availableimage is not availableimage is not availableimage is not availableimage is not availableimage is not availableimage is not available

Jika diperhatikan Mustapha Kamal bersikap terbuka dan peka dengan keadaan sekeliling yang menjadi bualan netizen. Sebelum ini viral juga satu video apabila ada seseorang individu bertemu dengannya dan cuba berinteraksi seperti watak dalam drama, Mustapha Kamal terus in character, boleh tengok video di sini.

 

Baca : “Papa nak pergi tengok site” – [VIDEO] Gelagat Mustapha Kamal ‘Pemilik Megah Holding’ Buat Netizen Terhibur

image is not available

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.