Fungsi Pindah WhatsApp Dari iOS Ke Android, Kini Disokong Semua Telefon Pintar Baru Android 12

TechnologyDigital
27 Oct 2021 • 8:09 AM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

WhatsApp sebelum ini sedia memperkenalkan ciri memindahkan data daripada iPhone ke Android, namun ia terhad kepada peranti Samsung yang menggunakan Android 10 dan terkini.

Menariknya, kini ciri berkenaan dilanjutkan oleh WhatsApp, dan menyokong semua telefon pintar baharu Android 12. Buat masa ini, hanya siri Pixel 6 sahaja yang hadir bersama Android 12 di pasaran.

image is not available

Untuk memindahkan, pengguna hanya perlu menghubungkan iPhone kepada telefon Android melalui kabel USB-ke-Lightning. Seterusnya, anda boleh memulakan proses pemindahan data WhatsApp.

Dengan langkah ini, pengguna tidak lagi akan kehilangan sebarang data WhatsApp apabila berpindah, sekaligus memudahkan anda kekal berhubung dan sambung komunikasi bersama rakan dengan mudah.