Asus Zenfone dan ROG Phone akan terima Android 12 mulai Disember 2021

Digital
26 Oct 2021 • 6:41 PM MYT
SoyaCincau
SoyaCincau

For everything that matters in tech

Pengguna telefon pintar Asus boleh bersedia untuk menerima kemaskini sistem operasi terbaru Android 12. Ia akan dikeluarkan mulai bulan Disember 2021. Tetapi hanya peranti kelas flagship sahaja akan mendapatnya.

Asus akan melapisi Android 12 pada peranti siri ZenFone dengan antaramuka ZenUI baharu. Semua model dengan Android 12 juga akan disertakan dengan perisian pengurusan bateri dan prestasi Asus.

Asus kini sedang menjalankan program Beta Android 12 bersama beberapa pengguna Asus Zenfone 8 terpilih. Mereka akan mengenalpasti masalah yang timbul dan pasukan Asus akan membaikinya sebelum versi akhir dilepaskan untuk semua penguna, sebelum bulan Disember.

Jadual perancangan Asus untuk model terpilih menerima Android 12 adalah seperti berikut:

Disember 2021

  • Zenfone 8
  • Zenfone 8 Flip

Suku Pertama 2022

  • ROG Phone 5
  • ROG Phone 5 Ultimate
  • ROG Phone 5s
  • ROG Phone 5s Pro

Pertengahan Pertama 2022

  • Zenfone 7
  • Zenfone 7 Pro
  • ROG Phone 3
  • ROG Phone 3 Strix Edition

image is not available

image is not available

Bacaan Berkaitan

Asus ROG Phone 5s dikemaskini lebih berkuasa tapi harga kekal sama

Asus Zenfone 8 & Zenfone 8 tiba di Malaysia, pilihan RAM sehingga 16GB

Selain Google Pixel, 10 pengeluar ini ada peranti yang boleh uji Android 12 Beta sekarang