“Banyak betul putar belit” – Dakwa Sajat Menipu Ketika ‘Live’, Wanita Ni Nak Saman Harith Iskander?

Entertainment
26 Oct 2021 • 12:36 PM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

image is not available

Malam Ahad lepas, pelawak Harith Iskander telah menjemput Sajat sebagai tetamu jemputannya di program siaran langsung ‘What’s Going On Malaysia?’.

Video live yang dimuat naik di Facebook dan YouTube milik pelawak ini telah mendapat perhatian ramai di mana Sajat menceritakan kronologi serta sebab dia “membawa diri” ke Australia.

Banyak betul putar belit

Namun begitu, temubual yang dijalankan ini telah menimbulkan rasa kurang senang bekas Pengurus Besar usahawan ini.

Di Facebook, wanita ini mendakwa Sajat telah memutar belit fakta ketika menjelaskan isu berkaitan kes mahkamah.

image is not availableimage is not availableimage is not available

Mahu saman Harith Iskander gara-gara interview berat sebelah

Tambah Nurnilam Sari lagi, kes antara Sajat dan stokis telah pun diadili oleh mahkamah dan usahawan itu telah pun terbukti bersalah. Merasakan temubual yang dijalankan bersifat berat sebelah, Nurnilam Sari dan seorang lagi individu Nurwati Hussin bercadang untuk menyaman Harith Iskander.

image is not available

image is not available

“Saya bukan nak pertahankan dia atau sesiapa”

Ekoran kontroversi yang melanda temubual bersama Sajat, Harith Iskander telah mengeluarkan kenyataan di Facebook peribadinya yang kini telah pun dipadam mengatakan yang dia tidak menyebelahi mana-mana pihak dan tujuannya hanya mahu rakyat Malaysia mendengar penjelasan melalui mulut Sajat sendiri.

image is not available

Harapnya pihak yang benar dapat semula hak mereka…

 

Baca: “Apa yg ko nak buktikan?” – Harith Iskander Dikecam Gara-gara Jemput Sajat Untuk Sesi ‘Live’

image is not available

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.