Warga pendidik perlu segera divaksin: Ismail Sabri

17 Oct 2021 • 12:04 PM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

image is not available

SHAH ALAM - Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob meminta warga pendidik segera mendapatkan vaksin Covid-19 demi perlindungan diri dan pelajar.

Pada Ahad, Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) menyatakan, pengoperasian institusi pendidikan di bawah Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) bagi Kedah, Kelantan, Pulau Pinang, Perak dan Sabah akan terus beroperasi berdasarkan ketetapan negeri Fasa 2 Pelan Pemulihan Negara (PPN) pada Isnin.

“Apabila Kedah, Kelantan, Pulau Pinang, Perak dan Sabah beralih ke Fasa 3 pada 18 Oktober 2021, maka pengoperasian institusi pendidikan berdasarkan ketetapan Fasa 3 bagi Kedah dan Kelantan akan bermula pada 31 Oktober 2021.

“Bagi Pulau Pinang, Perak dan Sabah pula, pengoperasian institusi pendidikan berdasarkan ketetapan Fasa 3 akan bermula pada 1 November 2021,” kata kenyataan itu pada Ahad.

AKAN MENYUSUL