Pelan Pemulihan Negara: Kedah & Kelantan Akan Buka Sekolah 31 Oktober

17 Oct 2021 • 11:11 AM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

image is not available

Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) telah mengumumkan pembukaan semula sekolah secara fizikal semalam berdasarkan Fasa Pelan Pemulihan Negara (PPN) mengikut negeri masing-masing.

Memetik laporan Astro Awani, KPM berkata ianya berikutan pengoperasian institusi pendidikan mengikut ketetapan fasa baharu yang akan dilaksanakan selepas dua mingggu dari tarikh peralihan ke fasa tersebut.

image is not available

Apabila Kedah, Kelantan, Pulau Pinang, Perak dan Sabah beralih ke Fasa 3 PPN pada Isnin ini, maka pengoperasian institusi pendidikan berdasarkan Fasa 3 bagi Kedah dan Kelantan akan bermula pada 31 Oktober 2021 (Ahad).

Manakala bagi negeri Pulau Pinang, Perak dan Sabah pula pengoperasian institusi pendidikan akan bermula pada 1 November 2021 (Isnin).

image is not available

Ini berikutan keputusan Mesyuarat Jawatankuasa Khas Pengurusan Pandemik yang bersetuju membenarkan peralihan fasa PPN untuk 7 negeri dan kelonggaran SOP berkuatkuasa mulai esok, 18 Oktober 2021.

Sementara itu, bagi negeri-negeri yang beralih ke Fasa 4 PPN bermula Isnin ini, pengoperasian institusi pendidikan akan bermula pada 1 November depan.

image is not available

Pembukaan semula institusi pendidikan itu melibatkan murid prasekolah, murid berkeperluan khas (MBK) di sekolah kebangsaan pendidikan khas, sekolah menengah kebangsaan pendidikan khas, sekolah menengah pendidikan khas vokasional dan Program Pendidikan Khas Integrasi.

Arahan ini juga turut terguna pakai kepada pelajar Tingkatan Enam Semester Dua, prauniversiti Sekolah Sukan Malaysia, sekolah harian dan sekolah swasta.

 

Baca: Lahir 1 Januari Kena Daftar Sekolah Setahun Awal? Rupanya Ramai Tak Tahu, Terkejut Tiba-tiba Anak ‘Lompat Darjah’

image is not available

 

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.